Kursus Master Kundalini Reiki

Kaedah Applikasi Tenaga Alam Semesta

 

R E I K I

Seni Penyembuhan Alami

-   REIKI adalah suatu teknik penyembuhan alternatif yang menggunakan tenaga alam (Universal Life Force Energy).
-   Tenaga ini juga dikenali sebagai CHI dalam bahasa Cina, PRANA dalam bahasa Sanskrit,  QUDRAH dalam Islam.
-   Bertindak terhadap ke semua tahap iaitu pada tahap FIZIKAL, MINDA, EMOSI dan SPIRITUAL seseorang.
-   Di barat, terapi REIKI diaplikasikan sebagai “Teknik Mengurangkan Stress."
 

Dalam Kaedah Rawatan Reiki, Setiap Penyakit Adalah Manifestasi Daripada Gangguan Gelombang Yang Tidak Dirawat Dalam Sistem Bio Energi Tubuh. Gangguan Gelombang Ini Termasuklah Daripada Persekitaran Mahupun Diri Sendiri Seperti Stress, Radiasi Perkakasan Elektrik /Elektronik, Trauma, Kesedihan, Perasaan Dendam Dan Lain-Lain.

Tenaga ‘Reiki’ Terus Merawat Kepada Punca Penyakit Yang Timbul Akibat Daripada  Gangguan Gelombang. Ia Meliputi Kepada Empat Sistem Manusia Iaitu  Fizikal, Minda, Emosi Dan Spiritual.

SISTEM BIO ENERGI MANUSIA
REIKI merawat sistem BIO-ENERGI manusia. Sistem Bio-Energi Manusia merupakan sebuah sistem jaringan tenaga yang berada pada setiap manusia yang hidup. Ia juga dikenali sebagai sistem TENAGA HAYAT manusia. Secara umum, ia dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu sistem Chakra (7 Titik Tenaga Utama) dan Aura (Medan Elektromagnetik).


 

KURSUS RAWATAN ALTERNATIF

R E I K I (kundalini)

Ilmu Sains Tenaga Hayat

 

APA ITU REIKI?

Reiki berasal daripada bahasa Jepun, Rei ertinya alam semesta dan Ki ertinya energi/tenaga. Sebutannya ‘Ray-Ki’. Jadi Reiki bermaksud tenaga daripada alam semesta. Ia adalah suatu kaedah penyembuhan alternatif dengan sentuhan telapak tangan ke atas bahagian tubuh penerima/pesakit dengan mengaplikasikan tenaga alam semesta.  Bertindak terhadap ke semua tahap iaitu pada tahap FIZIKAL, MINDA, EMOSI dan SPIRITUAL seseorang.

Kesimpulannya, Reiki adalah satu proses penyaluran energi dari alam semesta melalui pengamal Reiki kepada pesakit yang bertujuan untuk meningkatkan kemampuan semulajadi tubuh untuk menyembuhkan diri sendiri dengan menyeimbangkan kembali energi pesakit tersebut.

 

KUNDALINI REIKI

Kundalini Reiki merupakan salah satu jenis Reiki yang sekian banyaknya tersebar ketika ini. Ianya lebih mudah, tanpa penggunaan simbol, warna atau visual yang merumitkan.

Kundalini  Reiki bermakna saluran penyembuhan yang tertentu dan cakra-cakra telah dibuka dan anda dengan itu mendapat jalan masuk ke tenaga bumi. Cakra akar iaitu pusat tenaga terletak berhampiran hujung tulang belakang berperanan sebagai pintu masuk untuk tenaga reiki kundalini. Selepas proses pengaktifan dilakukan tenaga akan mengalir keseluruhan tubuh melalui saluran utama tenaga dan keluar dari cakra mahkota yang terletak dibahagian atas kepala. Saluran tenaga ini bergerak dari cakra akar ke cakra mahkota. Kundalini terbuka bermakna,selepas suatu masa yang tertentu,pemerosesan pembersihan cakra-cakra pun akan mencapai kesempurnaan. Ianya bererti segenap bahagian-bahagian tubuh dan saluran tenaga telah diperolehi dan telah tersedia untuk digunakan dalam berbagai situasi penyembuhan.

 


Kundalini Reiki dapat dikuasai setelah penyelarasan / attunement yang mudah, hanya memerlukan masa lebih kurang 25 minit untuk proses attunement.  Kundalini Reiki mempunyai 9 tingkatan / level secara keseluruhannya. Iaitu KR1, KR2, KR3 (Master), KR Booster 1, KR Booster 2, KR Booster 3, KR Booster 4, KR Booster 5, dan KR Booster 6.

 

  

 

Berikut adalah kemampuan penyembuhan yang dapat anda kuasai serta merta selepas attunement Kundalini R eiki 1 & 2 :


HEALING (PENYEMBUHAN) - Setelah anda menerima pengaktifan Kundalini Reiki – KR1, maka serta-merta anda telah mampu melakukan proses penyembuhan diri sendiri mahupun orang lain dari jarak dekat mahupun jauh

CLEANSING ROOM / HOUSE (PEMBERSIHAN UNSUR NEGATIF DALAM RUMAH / TEMPAT.) - Kaedah Kundalini Reiki juga boleh dimanfaatkan untuk meneutralkan unsur-unsur negatif dalam kediaman dan ianya juga boleh dilakukan dari jarak jauh mahupun dekat.  

HEALING THE CARMIC BAND (PENYEMBUHAN HUBUNGAN KARMA)  - Untuk memperbaiki hubungan seseorang dengan lainnya. Hubungan rumahtangga, jiran dll.

SITUATION / QUALITIES HEALING (PENYEMBUHAN SITUASI/KUALITI) - Untuk  menyembuh / memperbaiki sesuatu situasi atau kualiti sesuatu peribadi/watak/ sifat buruk manusia. Seperti ketidakstabilan emosi. Contohnya perasaan cemburu yang keterlaluan, lemah semangat, malas,kecewa dan putus asa, gelisah, bimbang, risau tidak menentu, ketidakyakinan diri,kesedihan, kemarahan,  dan sebagainya.

MEDITASI KUNDALINI REIKI  - Meditasi khusus bagi tujuan pembersihan chakra-chakra utama dan saluran energi. 


Kundalini Reiki Level 3 (Master)

Inilah level terakhir dalam pengaktifan Kundalini Reiki,dan dari level ini anda sudah mencapai level master dan boleh mengajarkannya kepada orang lain. Anda boleh memberi attunement walaupun anda sedang tidur!! Dan anda akan memperolehi lagi beberapa penyelarasan tambahan seperti dibawah.


DIAMOND REIKI (REIKI BERLIAN) - Apabila menggunakan teknik ini, maka sebuah kristal (berlian) eterik akan berada di chakra mahkota praktisi, dan memperkuatkan kualiti penyaluran Reiki praktisi.

CRYSTALLINE REIKI (REIKI KRISTAL) - Dikeseluruhan tubuh kita terdapat jumlah kecil kristal yang tertentu,ini adalah jalan keluar bagi trauma yang telah kita alami sepanjang hidup. Setiap kali kita gagal untuk menyelesaikan sesuatu trauma,sebutir kristal akan terbentuk. Trauma ini contohnya adalah seperti tangan yang patah,terseliuh,kesedihan dan sebagainya. Jika umpamanya seseorang itu terpatah tangan sebutir kristal terbentuk untuk menjadi memori dari kesakitan dan perasaan dari trauma itu. Melalui kaedah pengaliran reiki kristal ini boleh dicair dan disembuhkan.

DNA REIKI (REIKI DNA)  - Menguatkan keupayaan untuk menyembuhkan / memperbaiki kualiti DNA. Contohnya penyakit keturunan seperti Asma & dll.

BIRTH TRAUMA REIKI (REIKI TRAUMA KELAHIRAN) - Salah satu bentuk trauma adalah trauma akibat proses kelahiran. Ini mungkin terjadi akibat proses kelahiran yang sulit seperti bayi songsang, tak cukup bulan, tali pusat terbelit dan sebagainya. Kesan daripada kejadian tersebut mungkin       mengakibatkan seseorang tersebut mengalami trauma seperti takut dalam kegelapan atau sesuatu dan sebagainya. Trauma ini dapat dihilangkan secara perlahan dengan teknik ini

LOCATION REIKI (REIKI LOKASI) - Teknik ini digunakan untuk menyelaraskan “Carmic Band” antara manusia dengan suatu tempat yang penuh energi negatif yang boleh menggangu kesihatan manusia. Oleh itu teknik location reiki digunakan untuk meneutralkan energi negatif tersebut.

BALANCE REIKI (PENYEIMBANGAN REIKI) - Teknik ini digunakan untuk menyeimbang seluruh sistem energi tubuh.

KR BOOSTER 1 – KR BOOSTER 6 ( Level 4 - 9) - Selepas menerima attunement KR1, KR2 & KR3, energi Reiki anda boleh dipertingkatkan melalui beberapa siri attunement tambahan yang dikenali sebagai “Booster”. Dimana saluran energi akan diperlebarkan dan diperkuatkan sehingga 400%.



CIRI-CIRI KUNDALINI REIKI:

Teknik penyembuhan yang mudah TANPA penggunaan simbol, warna & visualisasi.
Khusus untuk membuka gulungan kundalini & menaikkan api kundalini.
Membuatkan pengamal sentiasa pasrah kepada Tuhan Y.M.E.
Mudah dipelajari, boleh dikuasai dalam beberapa jam sahaja.
Attunement jarak jauh yang mudah dan murah.
Membantu berdoa & bermeditasi dengan lebih tenang.
Menyembuhkan berbagai jenis penyakit yang berpunca daripada fizikal , mental mahupun emosi.
Mencegah pengambilan ubatan moden.
Menghilangkan stress dan membuat lebih santai.
Praktisi hanya menyembuhkan hanya dengan niat sahaja.
Setiap kali menyembuhkan, energi praktisi akan bertambah secara kuantiti dan kualiti.
Tidak berbahaya bagi organ-organ tubuh yang halus dan bayi.
Melindungi diri dari berbagai energi negatif.
Memperhalus kulit dan awet muda.
Membantu latihan dan teknik tenaga dalam/pernafasan lainnya.
dan 1001 manfaat lainnya....

 

TESTIMONI


 

Pengalaman sepanjang praktik Kundalini Reiki:

Kes 1: Saya membuat rawatan jarak jauh 4 org serentak. Pada mulanya saya kurang yakin tetapi beberapa minit selepas tu saya dimaklumkan keempat2 mereka menerima energi yg berbeza, ada yg hampir pengsan dan ada yg tak tahan mengantuk. Tetapi kesan yg amat positif mereka rasai . malam esoknya mereka minta lagi………. Mungkin kerana kesan energi yg masih ada dalam tubuh mereka merasa bhg yg sakit berdenyut2 dan mereka mula resah pula……… selepas diberi penerangan kini saya difahamkan mereka tidak lagi menanggung sakit seperti dahulu.

 

Kes 2 : Saya merawat org yng mungkin diganggu energi jahat. Beliau merasa sangat letih dan pening selepas sehari suntuk dilaut mencari ikan. Apabila saya membuat rawatan jarak jauh beliau dpt merasakan seperti angin laut berhembus keluar dari telinga dan merasa energi masuk dari cakra mahlota seperti angin berputar. Serta merta beliau merasa lega dan bertenaga.


Daripada: Mohd Yusof Johari 

(Sabah)

 


Secara ikhlas saya ingin menjelaskan bahawa saya tidak memfokuskan kepada “rasa” semasa attunement. Apa yang penting ialah saya dapat berada dalam keadaan santai, tenang dan pasrah. Yang lebih penting, setiap proses rawatan sama ada pada diri sendiri dan orang lain menunjukkan perubahan positif dan inilah yang paling berharga saya perolehi sejak mempelajari Kundalini Reiki. Contohnya dulu, menanda beratus-ratus kertas peperiksaan merupakan satu perkara yang menjemukan dan menghasilkan stress, tetapi dengan meditasi dan self healing, perkara ini dapat diatasi. Namun, pada kebiasaannya saya dapat merasakan kehangatan di kedua-dua belah tangan.

Daripada:  Akmanizam B. Mat Jusoh @ Abdullah .::KELANTAN::.
www.akmanizam.com
www.tahfizmalaysia.com
www.maahadmuhammadi.com


Semasa attunement ada rasa seperti aliran cas dari luar ke atas tapak tangan.

Saya telah cuba melakukan rawatan jarak jauh pd rakan saya buat pertama kalinya juga saya lakukan rawatan kpd org luar selain sblm ni hanya pd ahli keluarga je. permulaan yg baik juga sbb ia meningkatkan lg keyakinan saya selepas ni. tahu kenapa? begini, kwn saya ni sakit peha selepas dh lama x bermain badminton dia pun bermain dgn rakannya. selepas membaca post saya yg bersedia beri rawatan kpd kwn di friendster, dia pun hubungi saya melalui ym. saya pun buat la rawatan pd dia dan bertawakal pd Allah.

selepas 5 minit membayangkan muka dia & keadaan seolah2 saya sedang meletakkan tangan pd peha dia, saya pun tanya dia ape yg berlaku. katanya dia dpt rasakan seolah ade aliran elektrik yg sgt halus pd peha dia utk beberapa ketika. dia pun terkejut tp masih leh control psl sblm ni pun saya sudah terangkan serba-sedikit dekat dia psl reiki. saya pun terkejut juga psl dia bleh rasa energy tu. saya tak expect langsung dia akan dpt rasa & ingatkan rawatan secara dekat je dpt rasa rupanya jarak jauh dpt rasa juga.

Daripada: Adreena (Shah Alam)

 

 

ATTUNEMENT

Untuk mempelajari Kundalini Reiki sebelum itu terlebih dahulu perlulah dibuat 'attunement' (penyelarasan/ pengijazahan). Perumpamaannya seperti ketika anda membeli sebuah radio baru, ia tidak dapat digunakan sehinggalah anda menyelaraskan frekuensi / gelombang stesen siaran yang dikehendaki. Kemudian barulah anda dapat menerima & mendengar siaran radio tersebut. Proses attunement akan memakan masa lebih kurang 25 minit.


Kursus ini boleh diambil secara jarak jauh ataupun secara hadir diri. Untuk hadir diri sila hubungi saya +6019-300 6668 (Master Syed) untuk temujanji. Lokasi adalah di Genting Klang, Setapak. Bagi anda yang telah mengikuti kursus hadir diri ataupun jarak jauh boleh menghubungi saya bila-bila masa untuk mendapat khidmat konsultansi melalui telefon atau email berterusan sepanjang hayat, insyaAllah.


 

YURAN PERLATIHAN MASTER KUNDALINI

REIKI

Reiki merupakan suatu keilmuan yang sangat dirahsiakan. Reiki mula menyebar setelah diajarkan di Hawai, Amerika Syarikat. Ini kerana orang-orang barat beranggapan sesuatu yang bagus haruslah disebarluaskan. Pada mulanya penyebaran Reiki bermula agak perlahan disebabkan faktor pembiayaan yang sangat besar. Yuran untuk mempelajari Reiki level 1 adalah US$200.00 (RM760.00) , untuk tingkat kedua adalah US$600.00 (RM2,280.00) dan untuk tingkat Master adalah US$10,000.00 (RM38,000.00)!!....


Di masa kini, kita amat beruntung kerana sudah ramai Master Reiki yang walaupun telah mengeluarkan biaya yang besar namun mahu mengajar Reiki dengan bayaran yang lebih rendah dengan tujuan agar Reiki dapat disebarkan seluas-luasnya demi kesejahteraan umat manusia.



TERMURAH DI MALAYSIA!!!

Percayalah, anda tidak akan mendapat yuran yang semurah sebegini. Di Malaysia, rata-rata pihak yang menganjurkan kursus sebegini akan mengenakan yuran serendah RM1500, RM2800, RM6500 untuk peringkat Master.
 

 

 

PROMOSI !!!

 

Master Kundalini Reiki


 RM 350.00


( Sepanjang Ramadhan 2008 )


Ianya termasuk:

Attunement Kundalini Reiki Per Level

Sijil Kursus

Attunement Gold Reiki Level 1,2,3 (Bonus) - Level Master
 

 

 


 

 

 

 

 



 

 

CARA MEMBUAT BAYARAN:




Sila KLIK DI SINI


 

Sebarang pertanyaan sila hubungi :

 

 

 

 Syed Mansor Syed Mahazar

Kundalini Reiki Master / Teacher




Email: syed_mansor [a] yahoo.com.my 

TEL: +6019-300 6668

 




** SIJIL MASTER DAN MANUAL LENGKAP

AKAN DISERTAKAN**

 


 

FAKTA: LEBIH DARIPADA 1,000,000 ORANG DI SELURUH DUNIA TELAH MEMPELAJARI REIKI.
ANDA BILA LAGI??...


 

 ----------------------------------------------------------